October 27, 2013

Art Exhibition at DPCKLS 2013

Perayaan Ulang Tahun Ke-90 (1923-2013) Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS) 






Tema: Daripada Masyarakat Cina Menuju Masyarakat Majmuk & Kepelbagaian

Objektif:

1) Menunjukkan perkembangan DPCKLS dan terus memperjuangkan masa depan.
2) Meningkatkan interaksi antara kaum dan memperkenalkan DPCKLS kepada kaum bukan Cina.
3) Mempereratkan hubungan antara DPCKLS dengan ahli-ahli dalam daerah Negeri Selangor.
4) Mengumpul dana bagi projek pembaikpulihan bangunan DPCKLS.

Pengenalan:

Demi merayakan Ulang Tahun Ke-90 DPCKLS, kami bercadang menganjurkan pelbagai aktiviti yang merangkumi pameran kesenian, persembahan kebudayaan, simposium, majlis makan malam dan
pertandingan fotografi.

Projek Pameran Kesenian:

"Kesinambungan Budaya & Inovatif Teknologi"

Anjuran: Dewar, Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS)

Tema: Kesinambungan Budaya & Inovatif Teknologi
Objektif: Memberi peivang kepada artis-artis tempatan untuk memparrerkan karya-karya seni kreatif mereka, serta berkongsi fikiran mengenai topik pemeliharaan urnsur-unsur kebudayaan dan kemajuan teknologi baru.

Pengenalan:

1) Pameran kesenian ini akan memperagakan 90 unit karya-karya seni visual termasuk Lukisan Tradisional Dakwat Cina, Catan Air, Catan Minyak, Kanvas, Impasto, Kaligrafi, Arca Patung dan sebagainya.
2) Penerbitan buku "Karya-karya Kesenian di Malaysia" sempena Ulang Tahun Ke-90 DPCKLS dalam versi Bahasa Cina.

Tarikh Pameran: 20Jun hingga 20Okt 2013

Tempat Pameran: Bilik Mesyuarat DPCKLS
Isi Kandungan Karya:
1) Imbasan kehidupan masa dulu pelbagai etnik di Malaysia.
2) Kesan positif perkembangan teknologi dalam negara.
3) Gabungan tradisi dan moden menggambarkan situasi rakyat Malaysia.

September 18, 2013

Sempena Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2013

 • 'Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan dimana didalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika.' (Ibn. Khaldun).

'Seni lukis adalah suatu pengucapan pengalaman artistik yang di tumpahkan dalam bidang dua dimensional dengan menggunakan garis dan warna'. (Soedarso SP, 1990:11)

Menurut Clive, Seni lukis merupakan aktifitas menghubungkan atau membangun struktur dengan unsur bentuk, garis, warna, tekstur, dan irama yang dapat memberikan pengalaman emosi dan estetika.(Sumardjo, 2000).

Seni lukis adalah salah satu cabang dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang sama, seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih utuh dari menggambar. Melukis adalah kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan bisa berbentuk apa saja, seperti kanvas, kertas, papan, dan bahkan filem di dalam fotografi bisa dianggap sebagai media lukisan. Alat yang digunakan juga bisa bermacam-macam, dengan syarat bisa memberikan imajan tertentu kepada media yang digunakan. (Prof Raja Dato' Zahabuddin Raja Yaakob, Shah Alam 2013).

Cacatan di atas dipetik dari Buku tahunan sempena Pameran Tebuka 2013 anjuran dan tajaan Galeri Shah Alam, Selangor.

Pameran Terbuka (Seni Rupa) Galeri Shah Alam, 2013.
Tarikh: 2 Sept ~ 25 Okt 2013
Masa: 10:00am ~ 6:00pm
Tempat: Galeri Shah Alam


July 31, 2013

rumah amal belaian kasih


Bergambar di pintu masuk ke perkarangan RABEKA.

Adik-adik, semoga sentiasa berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa.
Amboi, geli hati ke ?
Seramai 25 orang anak yatim laki-laki dan perempuan
menghuni di sini.



Artis Nizar Kamal Arifin sedang menyampaikan sumbangan
kepada petugas di rumah asuhan anak yatim,
Rumah Belaian Kasih Kampung Sungai Sering, Hulu Kelang.


Baru pulang dari sekolah.

Artis Shima sedang menyampaikan "sakuraya".


Jumlah hasil terkumpul dari lelongan karya lukisan dan karya kraf adalah sebanyak myr3300.00; hasil kutipan derma dari para artis koloni ialah myr700.00; dari Shah Mohd. Ali (Kraf Koloni) sejumlah myr2000.00; dan rakan-rakan artis adalah myr250.00. Kesemua kutipan derma berjumlah myr6250.00.

Sumbangan disampaikan pada jam 12:30 tengahari 30hb Julai 2013 oleh artis Nizar Kamal Arifin selaku wakil Artis Koloni dan Kraf Koloni kepada petugas di rumah asuhan anak yatim, Rumah Amal Belaian Kasih Kampung Sungai Sering, Hulu Kelang (RABEKA). 

Sebanyak myr4520.00 didermakan kepada Tabung Rumah Amal Belaian Kasih, dan sejumlah myr1750.00 adalah wang saku hariraya diberikan kepada anak-anak yatim RABEKA.
 
Kelihatan ada bahagian di bangunan ini yang perlu dipulihkan.

May 26, 2013

Arts for the World: during the event

The second auction of arts.
Auction proceeds to be donated to charity. 

Artist Kamal. 
His works are at Cempaka Gallery.
Hi Mal, could you smile please ?

artists were chatting = 'sembang' = 'ngobrol'

the visitors





































Aren't we artists ?

a little artist


Arts for the World: 5:30 o'clock meeting

5:30 o'clock on May20 2013

rush meeting to discuss about Arts for The World
PENERANGAN AKTIVITI
Aktiviti: Art For the World
Tempat: Basement Seri Anjung, Basement Seri Anjung, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay Kuala Lumpur.
Masa: 10:00am ~ 6:00pm
Tarikh: 24 ~ 27 Mei 2013

KONSEP AKTIVITI
• Aktiviti ini merupakan Acara Kompleks yang dirangka dan dirancang bagi  mempromosikan serta memeriahkan Kompleks Kraf Kuala Lumpur (KKKL) sebagai  destinasi pelancongan utama di bandaraya Kuala Lumpur.
• Kumpulan sasaran dalam menjayakan aktiviti ini adalah usahawan Perkampungan Kraf  dan Pelukis. lni adalah bertujuan sebagai rnenghargai sumbangan mereka yang telah lama berkecimpung menghasilkan karya seni dan kraf yang menjadi salah satu produk kepada KKKL.
• Sasaran pengunjung adalah Expatrade, Kedutaan, Penggiat Seni, Sekolah, Peminat Seni dan sebagainya.
• Arts for the world merupakan tema bagi acara ini. Konsep ini diambil dengan menggambarkan seni yang universal dan diterima ramai.

PENGISIAN AKTIVITI UTAMA
1) Lelongan Amal Karya Seni (Acara Khas) 
2) Pameran Karya Seni
3) Bazar Karya Seni
4) Interaktif Kraf /Lukisan
5) Expatriate Buying Mission

PENGISIAN AKTIVITI SAMPINGAN
1) Live Sketches
2) Aktiviti bersama pelajar sekolah/IPTA/IPTS
3) Seni Santai Jalanan (Persembahan Kesenian)
4) Jualan Makanan Ala Warung — Malaysian Hawker Stall

JADUAL AKTIVITI
Tarikh: 24 ~ 27 Mei 2013 (Jumaat ~ lsnin )
Masa: 10:00 Pagi ~ 6:00 Petang
• Prebiu Lelongan AmaI Karya Seni
• Pameran Karya Seni
Bazar Karya Seni
Expatriate Buying Mission

Acara Sampingan:
Life Sketches
Aktivi Bersama Pelajar/IPT
Seni Santai Jalanan
Jualan Makanan Ala Warung — Malaysian Hawker Stall.

Acara Khas:
Tarikh: 26 Mei 2013 (Ahad)
Masa: 2:30 pm ~ 4:00 pg
• Lelongan Awal Karya Seni

Tarikh: 27 Mei 2013 (Isnin)
Masa: 12:30 pm ~ 4:00 pg
• Lelongan Akhir Karya Seni

KrafKoloni's members

Perkampungan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
Shah Mohd. Ali
DHEA FINECAST ENTERPRISE
ARMANni SELECTION
e mail: dheafinecast@gmail.com

tel/fax: +603 2166 1051
Anjang
h phone: 019 2546 103

Linda
h phone: 012 628 4782

Lazim Ismail
(Selembut Sutera)
e mail: mr_single91@yahoo.com
facebook: Lazim63@yahoo.com

 h phone: +6 012 6160 897
Taufik Hj Burhan
BH CRAFT
h phone: 017 2684 927

Zorollah bin Silin
JAAZ NIAGA ENTERPRISE 

(UNIQUE CRAFT)
Pengusaha Kraf Ukiran Kayu 

h phone: 013 3303 267

Rahim Ahmad 
(RawBladeSmith)
e mail: razormind@yahoo.com

 h phone: +6 012 2610 730
Sallehin Md. Noh
h phone: 017 3437 538

Shahrudin Mat Jasin
PAYA ARA CRAFT
e mail: payaaracraft@gmail.com
payaaracraft@facebook.com 
h phone: 012 3906 618







Rizal Jasman
(UNIQRAFTWORKS)
e mail: uniqworks@yahoo.com

www.uniqraftworks.com
h phone: 019 2659 282

Siwok Harun
C.Woks Design
e-mail: cwoks_design@yahoo.com

h phone: 012 2572 344

May 17, 2013

shima and abu hasan on international art exhibition












The pictures above show painting exhibition at Muzium Matawang BNM in Kuala Lumpur.
The pictures below show art activity at Artstation in Austria.





April 17, 2013

mesyuarat 2013 #2

Mesyuarat penyelarasan aktiviti Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada hari Selasa 16 April 2013 pukul 3:00 pm di Dewan Seri Utama 2, Pejabat Kraftangan Malaysia.

Usul: Dalam mesyuarat tersebut saya, Mohammed Zaki Zakaria, telah mengusulkan iaitu, pihak Pentadbiran Kompleks Kraf Kuala Lumpur (KKKL) membentuk satu jawatan kuasa untuk menyelaraskan pameran dan jualan karya seni tampak dari pengkarya senilukis, senikraf dan pengarca yang diusahakan oleh Pelukis Artis Koloni, Pengusaha Kraf Koloni dan Artis Bebas  — suatu penggabungan. 

Biar saya sebut 'Unit Pameran dan Jualan Karya Seni Tampak Kompleks Kraf Kuala Lumpur' sebagai UPJST, iaitu yang perlu dibentuk oleh KKKL. 

Setelah meninjau bangunan di KKKL dan yang berkaitan dengannya, ia mempunyai  banyak ruang yang agak luas untuk pameran ini, seperti:
       1) Ruang Wau,
       2) Basement Seri Anjung,
       3) Ruang legar di tingkat bawah Bangunan Pejabat Pentadbiran,
       4) Kemah Sementara,

       5) atau di lain lokasi yang difikirkan sesuai.

Sebagai acara tahunan: Dicadangkan, pentadbiran KKKL yang membentuk jawatankuasa penyelaras aktiviti pameran dan jualan karya seni tampak iaitu yang pengurusannya oleh UPJST nanti, bahawa acara ini wajar diberi masa sekitar 14 hari hingga 1 bulan pada setiap tahun, sebagai salah satu acara tahunan. Seperti pengurusan pameran seni tampak di geleri swasta yang telah selama ini dilaksanakan, ianya boleh dijadikan rujukan dan ukuran kepada pembentukan dan tugas dalam UPJST ini. Surat dan borang yang bakal dihantar kepada pengkarya yang terpilih perlu diperjelaskan perkara-perkara penting seperti komisyen, pembukuan, katalog, dan adalah tiada paksaan pada penyertaan. Setelah mencapai persetujuan bersama antara  UPJST dan peserta pameran mengenai komisyen, pihak UPJST diperbolehkan mengambil jumlah hasil atau komisyen dari karya yang terjual seperti yang dijanjikan. Merujuk kepada galeri swasta di Kuala Lumpur, komisyen tersebut sekitar 10% hingga 45% dari hasil karya yang dijual.

Pembahagian ruang: Mengenai ruang pameran yang akan diwujudkan, adalah dicadangkan 25% hingga 50% ruangan adalah memadai diperuntukkan kepada artis atau pengkarya bebas menempatkan karya mereka, iaitu yang bukan menyewa di Perkampungan Pelukis atau Perkampungan Kraf Kuala Lumpur.
       - Ini bertujuan menarik perhatian pengunjung yang dengan mudah boleh melawat ke 
         lokasi perkampungan pelukis, perkampungan kraf, dan lokasi lain yang berkaitan.
       - selanjutnya, memungkinkan pendapatan kepada artis itu sendiri.
       - Juga meninjau perkembangan seni tampak tanahair sebagai berkongsi pengalaman 
         melalui penggabungan dalam pameran  tersebut, dengan harapan menyemarakkan 
         rasa tanggungjawab kepada tanahair dan menghidupkan semangat jatidiri.

• Butiran lengkap mengenai pengkarya bebas mungkin boleh dirujuk kepada:
       
       - BSVN,
       - Muzium Matawang BNM Kuala Lumpur,
       - Galeri Seni Shah Alam, Selangor,
       - Galeri Swasta,
       - Jabatan kerajaan dan swasta yang berkaitan,
       - dan borang penyertaan diiklankan dalam laman rasmi Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Jemputan: Disamping itu, nama dan alamat para penggemar karya Seni Tampak yang bakal dijemput boleh juga diperolehi dari sumber yang sama. Agak lebih sesuai jika pihak UPJST dapat mengumumkan acara tahunan ini melalui  Poster, Bunner, Billboard, Brochure dan sebarang bentuk media penghebahan di lokasi seperti:
      - Muzium Matawang BNM Kuala Lumpur, 
      - bangunan BSVN, 
      - Menara Bukit Nenas, 
      - MaTiC, 
      - KLCC, 
      - KL Central,
      - Central Market dan
      - sebarang tempat yang difikirkan sesuai.

Paling sederhana penghebahan ini adalah melalui media seperti akhbar harian, majalah, televisyen, radio dan laman sesawang di Internet, dan sebagainya.

• Tambahan pula, dengan adanya lapangan kereta yang agak luas diharap acara ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

• Sekian, semoga mendapat perhatian sewajarnya.

April 11, 2013

fuziah ismail #1










Artis Puan Fuziah Ismail. Beliau adalah isteri kepada artis En Haris Ribut. Puan Fuziah memilih cat minyak sebagai medium karya-karya beliau.