October 24, 2014

Pameran & Jualan Karya Catan Hiasan Dalaman 2014

Jam 3:30 petang 22hb Oktober 2014, di satu penjuru dalam khemah. Kelihatan sejumlah artis dari Perkampungan Pelukis dan pegawai Kompleks Kraf Kuala Lumpur sedang bekerjasama menjayakan pameran lukisan sempena "Pameran dan Jualan Karya Catan Hiasan Dalaman 2014".
Artis Shima sedang menerangkan sesuatu mengenai pameran.
Ini adalah pertama kali hasil karya pelukis dari Perkampungan  Pelukis turut sama mengambil bahagian dalam hal promosi dan pameran hiasan dalaman dan seni taman anjuran Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur.



















Gambar di sebelah menunjukkan sejumlah artis dari Perkampungan Pelukis sedang menggantung karya lukisan. Setiap artis dibenarkan menghantar sebuah karya yang tidak lebih dari 3 kaki lebar. Harga yang ditawarkan lingkungan MYR800.00 dan MYR12,000.00.
_________________________________________

Gambar di bawah adalah Artis Sabri Salleh mengemukakan karya terbaru beliau. Artis Sabri Salleh gemar menggunakan medium cat minyak.
"o bro, smile !"