October 26, 2014

suasana hari pertandingan melukis 26hb okt 2014

Pertandingan lukisan bertemakan "Seni Untuk Hiasan Dalaman" adalah anjuran dan tajaan Perbadanan Kraftangan Malaysia. Seramai 70 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Bermula pada jam 10:40 pagi dan tamat  jam 3:40 petang, 26hb Okt 2014.

Gambar di bawah mengenai suasana dan persekitaran ketika pertandingan melukis sedang berlangsung.

bergambar di pintu masuk ke ruang legar
bangunan pejabat pentadbiran kraftangan malaysia kuala lumpur,
sebelum pertandingan bermula

sebelah surau
walkaf di depan pejabat tadbir kraf




di sebelah kafeteria

surau

walkaf 2 depan pejabat tadbir kraf
walkaf kecil dekat geleri cempaka


ruang legar di bangunan pejabat tadbir kraf
dekat surau di ruang legar pejabat
kaki-lima depan surau pejabat



walkaf sebelah hotel royale chulan

membelakangkan hotel Royale Chulan
Lukisan-lukisan kemudiannya dikumpulkan di Dewan Seri Utama 2 Bangunan Seri Utama Kraftangan Malaysia, untuk dinilai oleh para pengadil pertandingan. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari penutup, 3hb Nov 2014.

October 24, 2014

Pameran & Jualan Karya Catan Hiasan Dalaman 2014

Jam 3:30 petang 22hb Oktober 2014, di satu penjuru dalam khemah. Kelihatan sejumlah artis dari Perkampungan Pelukis dan pegawai Kompleks Kraf Kuala Lumpur sedang bekerjasama menjayakan pameran lukisan sempena "Pameran dan Jualan Karya Catan Hiasan Dalaman 2014".
Artis Shima sedang menerangkan sesuatu mengenai pameran.
Ini adalah pertama kali hasil karya pelukis dari Perkampungan  Pelukis turut sama mengambil bahagian dalam hal promosi dan pameran hiasan dalaman dan seni taman anjuran Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur.



















Gambar di sebelah menunjukkan sejumlah artis dari Perkampungan Pelukis sedang menggantung karya lukisan. Setiap artis dibenarkan menghantar sebuah karya yang tidak lebih dari 3 kaki lebar. Harga yang ditawarkan lingkungan MYR800.00 dan MYR12,000.00.
_________________________________________

Gambar di bawah adalah Artis Sabri Salleh mengemukakan karya terbaru beliau. Artis Sabri Salleh gemar menggunakan medium cat minyak.
"o bro, smile !"

October 05, 2014

Pertandingan Lukisan 'Seni Untuk Hiasan Dalaman'


Pertandingan lukisan bertemakan "Seni Untuk Hiasan Dalaman" adalah anjuran dan tajaan Perbadanan Kraftangan Malaysia. Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah bermohon melalui borang di atas. Sila muat-turun borang tersebut. Tarikh tutup permohonan adalah Khamis 23 Oktober 2014. Tarikh pertandingan adalah pada hari Ahad 26 Oktober 2014.