Mesyuarat penyelarasan aktiviti Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada hari Selasa 16 April 2013 pukul 3:00 pm di Dewan Seri Utama 2, Pejabat Kraftangan Malaysia.
• Usul: Dalam mesyuarat tersebut saya, Mohammed Zaki Zakaria, telah mengusulkan iaitu, pihak Pentadbiran Kompleks Kraf Kuala Lumpur (KKKL) membentuk satu jawatan kuasa untuk menyelaraskan pameran dan jualan karya seni tampak dari pengkarya senilukis, senikraf dan pengarca yang diusahakan oleh Pelukis Artis Koloni, Pengusaha Kraf Koloni dan Artis Bebas — suatu penggabungan.
Biar saya sebut 'Unit Pameran dan Jualan Karya Seni Tampak Kompleks Kraf Kuala Lumpur' sebagai UPJST, iaitu yang perlu dibentuk oleh KKKL.
Setelah meninjau bangunan di KKKL dan yang berkaitan dengannya, ia mempunyai banyak ruang yang agak luas untuk pameran ini, seperti:
1) Ruang Wau,
2) Basement Seri Anjung,
3) Ruang legar di tingkat bawah Bangunan Pejabat Pentadbiran,
4) Kemah Sementara,
5) atau di lain lokasi yang difikirkan sesuai.
2) Basement Seri Anjung,
3) Ruang legar di tingkat bawah Bangunan Pejabat Pentadbiran,
4) Kemah Sementara,
5) atau di lain lokasi yang difikirkan sesuai.
• Sebagai acara tahunan: Dicadangkan, pentadbiran KKKL yang membentuk jawatankuasa penyelaras aktiviti pameran dan jualan karya seni tampak iaitu yang pengurusannya oleh UPJST nanti, bahawa acara ini wajar diberi masa sekitar 14 hari hingga 1 bulan pada setiap tahun, sebagai salah satu acara tahunan. Seperti pengurusan pameran seni tampak di geleri swasta yang telah selama ini dilaksanakan, ianya boleh dijadikan rujukan dan ukuran kepada pembentukan dan tugas dalam UPJST ini. Surat dan borang yang bakal dihantar kepada pengkarya yang terpilih perlu diperjelaskan perkara-perkara penting seperti komisyen, pembukuan, katalog, dan adalah tiada paksaan pada penyertaan. Setelah mencapai persetujuan bersama antara UPJST dan peserta pameran mengenai komisyen, pihak UPJST diperbolehkan mengambil jumlah hasil atau komisyen dari karya yang terjual seperti yang dijanjikan. Merujuk kepada galeri swasta di Kuala Lumpur, komisyen tersebut sekitar 10% hingga 45% dari hasil karya yang dijual.
• Pembahagian ruang: Mengenai ruang pameran yang akan diwujudkan, adalah dicadangkan 25% hingga 50% ruangan adalah memadai diperuntukkan kepada artis atau pengkarya bebas menempatkan karya mereka, iaitu yang bukan menyewa di Perkampungan Pelukis atau Perkampungan Kraf Kuala Lumpur.
- Ini bertujuan menarik perhatian pengunjung yang dengan mudah boleh melawat ke
lokasi perkampungan pelukis, perkampungan kraf, dan lokasi lain yang berkaitan.
- selanjutnya, memungkinkan pendapatan kepada artis itu sendiri.
- Juga meninjau perkembangan seni tampak tanahair sebagai berkongsi pengalaman
melalui penggabungan dalam pameran tersebut, dengan harapan menyemarakkan
rasa tanggungjawab kepada tanahair dan menghidupkan semangat jatidiri.
- Juga meninjau perkembangan seni tampak tanahair sebagai berkongsi pengalaman
melalui penggabungan dalam pameran tersebut, dengan harapan menyemarakkan
rasa tanggungjawab kepada tanahair dan menghidupkan semangat jatidiri.
• Butiran lengkap mengenai pengkarya bebas mungkin boleh dirujuk kepada:
- BSVN,
- Muzium Matawang BNM Kuala Lumpur,
- Galeri Seni Shah Alam, Selangor,
- Galeri Swasta,
- Jabatan kerajaan dan swasta yang berkaitan,
- dan borang penyertaan diiklankan dalam laman rasmi Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
• Jemputan: Disamping itu, nama dan alamat para penggemar karya Seni Tampak yang bakal dijemput boleh juga diperolehi dari sumber yang sama. Agak lebih sesuai jika pihak UPJST dapat mengumumkan acara tahunan ini melalui Poster, Bunner, Billboard, Brochure dan sebarang bentuk media penghebahan di lokasi seperti:
- Muzium Matawang BNM Kuala Lumpur,
- bangunan BSVN,
- Menara Bukit Nenas,
- MaTiC,
- KLCC,
- KL Central,
- Central Market dan
- sebarang tempat yang difikirkan sesuai.
Paling sederhana penghebahan ini adalah melalui media seperti akhbar harian, majalah, televisyen, radio dan laman sesawang di Internet, dan sebagainya.
- Central Market dan
- sebarang tempat yang difikirkan sesuai.
Paling sederhana penghebahan ini adalah melalui media seperti akhbar harian, majalah, televisyen, radio dan laman sesawang di Internet, dan sebagainya.
• Tambahan pula, dengan adanya lapangan kereta yang agak luas diharap acara ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
• Sekian, semoga mendapat perhatian sewajarnya.