July 31, 2013

rumah amal belaian kasih


Bergambar di pintu masuk ke perkarangan RABEKA.

Adik-adik, semoga sentiasa berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa.
Amboi, geli hati ke ?
Seramai 25 orang anak yatim laki-laki dan perempuan
menghuni di sini.



Artis Nizar Kamal Arifin sedang menyampaikan sumbangan
kepada petugas di rumah asuhan anak yatim,
Rumah Belaian Kasih Kampung Sungai Sering, Hulu Kelang.


Baru pulang dari sekolah.

Artis Shima sedang menyampaikan "sakuraya".


Jumlah hasil terkumpul dari lelongan karya lukisan dan karya kraf adalah sebanyak myr3300.00; hasil kutipan derma dari para artis koloni ialah myr700.00; dari Shah Mohd. Ali (Kraf Koloni) sejumlah myr2000.00; dan rakan-rakan artis adalah myr250.00. Kesemua kutipan derma berjumlah myr6250.00.

Sumbangan disampaikan pada jam 12:30 tengahari 30hb Julai 2013 oleh artis Nizar Kamal Arifin selaku wakil Artis Koloni dan Kraf Koloni kepada petugas di rumah asuhan anak yatim, Rumah Amal Belaian Kasih Kampung Sungai Sering, Hulu Kelang (RABEKA). 

Sebanyak myr4520.00 didermakan kepada Tabung Rumah Amal Belaian Kasih, dan sejumlah myr1750.00 adalah wang saku hariraya diberikan kepada anak-anak yatim RABEKA.
 
Kelihatan ada bahagian di bangunan ini yang perlu dipulihkan.